Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing
June 25, 2010 – 1:21 pm | No Comment

10 Jun 2010 (Khamis) Koperasi Dymium Malaysia Berhad telah mengikuti Bicara Eksekutif yang bertajuk Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing yang telah dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi dan Maktab Kerjasama …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

11 koperasi auta ligat gelap duit

Submitted by admin on October 19, 2009 – 12:30 pmNo Comment

11koperasi

KUALA LUMPUR - Hassan (bukan nama sebenar) teringin untuk cepat kaya dan apabila koperasi yang disertainya menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lapan hingga 12 peratus sebulan, dia tanpa ragu-ragu terus melabur RM5,000 dalam skim itu.Tunggu punya tunggu namun Hassan akhirnya mendapati rupa-rupanya dia ditipu. Bukan setakat wang pulangan malah pelaburan pokok pun ghaib begitu sahaja.

“Serbu pejabat, pejabat kosong dan akhirnya saya dan rakan-rakan berputih mata,” ujarnya. tetapi enggan gambarnya dirakam di sini baru-baru ini.

Hassan merupakan antara lebih 5,000 orang yang terpaksa berputih mata apabila duit pelaburan mereka lesap begitu saja.Lebih parah apabila sebahagian besar daripada pelabur yang tertipu membuat pinjaman bank untuk melabur lebih banyak bagi mendapat ganjaran lebih.

Mengulas senario itu, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mangsor Saad (gambar) berkata, apa yang berlaku merupakan taktik ‘koperasi auta’ di negara ini.

“Modal sedikit ganjaran tinggi, siapa tidak gelap mata? Itu taktik yang digunakan oleh kebanyakan koperasi auta yang bijak mencari peluang untuk mengaburi mata orang ramai,” ujarnya.

Pada pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini, Mangsor mendedahkan, bukan satu atau dua ‘koperasi auta’ dikesan wujud selama ini malah menurut statistik SKM, sebanyak 11 buah koperasi telah dikenal pasti menggunakan taktik tersebut.

Katanya, kerugian yang dialami pelabur daripada 11 buah koperasi auta yang menjalankan kegiatan penipuan mencecah lebih RM100 juta. Menurut Mangsor, jumlah pelabur itu pula bukan kecil malah dipercayai membabitkan lebih 5,000 orang.

info:http://www.kosmo.com.my/

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.