Perutusan Pengerusi
Perutusan Pengerusi
Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Bismillahirahmanirahim,
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat inayahnya, kita dapat bersama-sama bertemu dan saya berkesempatan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pengurusan Koperasi Dymium Malaysia Berhad menerbitkan Edisi Pertama Majalah Buletin ini.
Saya amat bersemangat untuk memperkatakan dimana Koperasi Dymium Malaysia Berhad ditubuhkan kerana untuk melahirkan lebih ramai lagi bakal usahawan di kalangan rangkaian E-Dymium Network Sdn Bhd serta pihak-pihak yang telah dikenal pasti dalam rancangan pembangunan yang berpotensi tinggi serta berdaya maju.
Selain daripada itu, ia juga dapat memupuk kesedaran masyarakat mendirikan semangat kerjasama untuk mendapatkan kemudahan yang diusahakan secara bersama (self-help) bagi menjaminkan tidak timbul eksploitasi didalam perkhidmatan yang disediakan itu.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Koperasi juga mempunyai matlamat yang tinggi dalam visinya menerajui pembangunan koperasi bertaraf dunia menerusi penggunaan sumber manusia dan teknologi selaras
Dengan aspirasi negara dan misinya meningkatkan ekonomi anggota menerusi aktiviti jimat cermat pelaburan, perniagaan, pembiayaan, pendidikan dan perkhidmatan kebajikan.
Dalam kegiatan aktiviti utama yang akan dijalankan koperasi ini ialah;

Serta banyak lagi yang akan kita usahakan bersama demi pembangunan koperasi kita di masa akan datang.
Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan hati yang tulus dalam kita sama-sama membawa arah kebaikkan koperasi ini. Tanpa tuan-tuan dan puan-puan koperasi ini tidak akan dapat merialisasikan segala rancangan yang akan dilaksanakan.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sempena hari koperasi negara 2008 yang lalu, YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Noh Bin Haji Omar berharap semua koperasi membuat perubahan fokus aktiviti koperasi daripada bidang konvensional kepada pelbagai bidang perniagaan baru yang berorentasikan nilai berskala besar dan berupaya menembusi pasaran global akan melonjakkan sektor koperasi kepada suatu tahap yang memberikan impak lebih berkesan dalam arus pembangunan negara. Ini adalah selaras dengan matlamat dasar koperasi negara dan rancangan malaysia ke 9 dan agenda pembangunan nasional.
Saya amat bersemangat menerajui Koperasi Dymium Malaysia Berhad dan berhasrat mendapat sokongan padu dari setiap Anggota Lembaga Koperasi Dymium dan juga setiap perwakilan serta semua anggota amnya.
Akhir kalam, semoga majalah buletin ini akan diteruskan dan mencapai objektifnya, marilah kita sama-sama memupuk cintakan koperasi kita demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian dan salam hormat, Wabillahit Taufik Wal Hidayah Wassalam Mu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bobie Farid Bin Shamsuddin
Pengerusi,
Koperasi Dymium Malaysia Berhad.
















