Bengkel Pembangunan Produk & Groombig
Tajuk: Bengkel Pembangunan Produk & Groombig
Tarikh: 15-16 Jun 2009
Tempat: Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Kehadiran: En. Shahrir
Bengkel Pembangunan Produk & Groombig dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Mansor Bin Saad, Pengurusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Antara matlamat bengkel ini diwujudkan adalah untuk memberi ruang kepada koperasi mengadakan pemadanan perniagaan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada koperasi yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan secara usahasama dalam bidang yang ebih berpotensi dengan pihak-pihak lain samada koperasi mahupun syarikat swasta.
Objketif:
1. Memberi maklumat dan pendedahan kepada peserta tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh
diceburi oleh koperasi-koperasi lain.
2. Memberi maklumat dan pendedahan kepada peserta tentang kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya
dalam meningkakan keusahawanan dalam koperasi.
3. Menerapkan budaya keusahawanan dalam koperasi serta berusaha untuk menambah bilangan koperasi yang
terlibat dalam program ‘Groom-Big’ yang disediakan oleh SKM.
















