Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
August 30, 2010 – 10:22 am | No Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Capai status bank koperasi

Submitted by admin on May 3, 2010 – 12:43 amOne Comment

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam membantu memberi pinjaman kepada koperasi dengan merangka pelan induk untuk mengubah statusnya sebagai sebuah bank koperasi.

Yang Dipertuanya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata Angkasa sudah memenuhi syarat modal diperlukan sebanyak RM300 juta yang ditetapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mencapai status itu.

Beliau berkata, Angkasa sudah mengadakan dua mesyuarat jawatankuasa pemandu bagi merangka kertas cadangan itu yang dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Jika semua berjalan lancar, bank itu akan dikenali sebagai Coop Bank dan bakal memulakan operasi sebelum akhir tahun ini sekali gus membuka ruang kepada penubuhan bank koperasi Angkasa.

“Namun, kami akan lebih menumpukan perhatian kepada perbankan korporat dan Coop Bank kelak akan memberikan pinjaman kepada koperasi, seterusnya koperasi yang akan memberi pinjaman kepada individu perseorangan,” katanya.
Malah, menurutnya, Coop Bank tidak akan bersaing dengan dua bank koperasi sedia ada di negara ini kerana ia akan hanya memberi kemudahan pinjaman kepada korporat, bukan individu.

Katanya, bagi penubuhan Coop Bank, Angkasa akan memohon kelulusan daripada SKM dan bukan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

“Bagi mengelakkan kami daripada bersaing dengan dua bank koperasi sedia ada, Coop Bank hanya akan memfokus kepada ahli (koperasi yang mendaftar dengan Angkasa).

“Selain itu, ada dua pilihan permohonan untuk kami iaitu sama ada melalui SKM mahupun BNM kerana jika melalui SKM, kami tidak tertakluk kepada Bafia (Akta Perbankan dan Institusi Kewangan),” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sudah bersedia menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Rakyat dan Koperasi Persatuan Malaysia Berhad untuk menjadi bank koperasi dengan nama Bank Persatuan.

sumber: mymetro

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.