Peringatan kepada semua!
March 4, 2010 – 1:42 pm | No Comment

Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB)  ingin memaklumkan kepada anggota dan bakal anggota dimana satu laporan polis telah dibuat berikutan ada individu yang tidak bertanggung jawab yang bernama Fadrick Talap atau dikenali sebagai Mat telah menggunakan …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Dr. Mohd. Ali kekal Yang Dipertua Angkasa

Submitted by admin on December 20, 2009 – 11:59 amNo Comment

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Profesor Datuk Dr. Mohd. Ali Mohd. Baharum mengekalkan jawatan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam pertandingan sengit empat penjuru di sini hari ini.Beliau memperolehi 1,216 undi mengatasi pencabar terdekatnya, Mustapa Kamal Maulut dengan kelebihan 47 undi.Mustapa Kamal yang sebelum ini Naib Yang Dipertua Angkasa meraih sebanyak 1,169 undi.

Turut merebut jawatan yang sama ialah Pengerusi Koperasi Shamelin Berhad, Datuk Muhammad Feisol Hassan (90 undi) dan Pengerusi Koperasi Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Malaysia, Datuk Yidris Abdullah yang mendapat 40 undi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding, menarik diri dengan alasan mahu menumpukan perhatian terhadap tugas dalam pertubuhan itu.

Seramai 2,900 perwakilan daripada 1,700 koperasi memilih barisan kepimpinan baru Angkasa hari ini sempena Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-26 yang berlangsung dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, ia tidak dipertandingkan kali ini, sebaliknya pertandingan akan diadakan tahun depan selaras dengan Perkara 30.2 (Undang-Undang Kecil Angkasa).Penyandang bagi jawatan itu sekarang ialah Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Bagi jawatan Naib Yang Dipertua, dimenangi Jamal Abdullah yang memperolehi 824 undi mengatasi lapan pencabarnya.Jamal ialah anggota Lembaga Pengarah Koperasi Polis Diraja Malaysia yang kini bertugas sebagai Ketua Balai Polis Desa Jaya, Gombak, Selangor.

Jawatan Pengerusi Tetap Persidangan pula dimenangi Pengerusi Koperasi Serbaguna Kawasan Paya Besar Berhad, Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman dengan undi 1,478 .

Dua Timbalan Pengerusi Tetap yang dipilih ialah Pengerusi Koperasi Siswazah Intan Usaha Bersatu Berhad (KIUB), Dr. Abdul Rahman Abdul Shaik dan bekas Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Ahmad Bahri Abdul Rahman.

Turut bertanding bagi jawatan tersebut ialah Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Berhad, Datuk Mat Rejab Kassim dan Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga Muar Berhad, Abu Bakar Mohamad.

Calon lain ialah Anggota Jawatankuasa Perhubungan Angkasa, Datuk Abu Bakar Shaari; Naib Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak, Jamaluddin Mohd. Isa; Pengurus Koperasi Ukhwah Cawangan Perak, Abdul Satar Hashim; Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa, Bahar Siran; Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Melaka, Datuk Jaafar Lajis.

Pemilihan kesemua jawatan itu menggunakan sistem pengundian elektronik (e-voting).

Keputusan pertandingan diumumkan hampir pukul enam petang berikutan kiraan semula undi yang dilakukan sebanyak dua kali.

Sumber:
Utusan Online
Mstar Online

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.