Selamat Hari Raya Aidilfitri
September 8, 2010 – 3:01 am | No Comment

Di kesempatan ini warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat islam.
Kami juga memohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah samada disedari atau tidak. Moga semangat …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Buletin, Rencana

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010

Submitted by admin on June 11, 2010 – 2:22 amNo Comment

Pada 16hb Jun sehingga 20hb Jun 2010 bermulanya Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia. Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad Menyokong sepenuhnya dan mengucapkan selamat membeli-belah juga diharap berjimatlah ketika berbelanja.

Beginning 16 to 20 June 2010 Ekspo Beli Barangan Malaysia

Enjoy a wide variety of international standard local products at affordable prices
Visit the Ekspo  Beli Barangan Malaysia 2010
Stand a chance to win tickets to selected holidayndestinations, electrical appliances, home decor items and much more…

Be a Smart Consumer
Buy Malaysia Made in Malaysia

Time : 10am to 9pm

Location: Dewan Tun Razak 3 dan 4,

Aras 3 dan 4

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Kuala Lumpur, Malaysia

Pengenalan

Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai “semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini”. Konsep ini digunapakai kerana:

  1. Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalam sesebuah negara
  2. Mewujudkan pertambahan permintaan domestik
  3. Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan;dan
  4. Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.

Objektif:

  1. Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia;
  2. Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.

Rasional:

  1. Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;
  2. Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:
    • Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
    • Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.

TAG LINE
Versi Bahasa Melayu : “Beli Barangan Malaysia, Pilihan Bijak”
Versi Bahasa Inggeris : “Buy Malaysia, Smart Choice”

ARKIB : 15/03/2010
Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ akan dihidupkan semula

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ yang menekankan aspek patriotisme akan dihidupkan semula pada bulan depan atau Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bertemakan “Pengguna Patriotik”, kempen itu bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia, katanya kepada pemberita selepas melancarkan telefon bimbit model Q292 bercirikan Islam keluaran syarikat tempatan Ad-Deen Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap kempen itu mampu mengubah sikap pengguna tempatan yang kelihatan cenderung membeli barangan luar negara.

Katanya, pengguna Malaysia seharusnya mencontohi pengguna Korea Selatan yang begitu berbangga membeli dan menggunakan barangan buatan negara mereka berbanding barangan import.

“Banyak faedah sekiranya pengguna membeli barangan Malaysia, antaranya ia akan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, negara dapat mengurangkan kos mengimport barangan dari luar negara dan membantu pihak industri barangan buatan tempatan,” katanya. – Bernama

Sumber: http://www.utusan.com.my

TAG LINE
Versi Bahasa Melayu : “Produk Malaysia, Kebanggaan Kita”
Versi Bahasa Inggeris : “Malaysian Products, Our Pride”

Lain-lain Sumber:

DEWAN TUN RAZAK 3 DAN 4
ARAS 3 DAN 4,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.