FAQ
Soalan
1. Harap pihak tuan dpt memberitahu faedah dan kelayakan utk menyertai koperasi ini dan juga bayaran atau yuran tahunan yg dikenakan pd ahli, juga faedah yg ahli perolehi. sekian terima kasih
Jawapan:
sebelum seseorang itu menjadi anggota Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB), terlebih dahulu hendaklah menjadi ahli kepada E-Dymium Netwok Sdn Bhd dengan membeli mana-mana produk dari e-dymium dan selepas itu berkelayakan untuk menjadi anggota koperasi.
untuk makluman, E-Dymium sedang membuat promosi dengan menjual beberapa produk nya dengan harga yang berpatutan.
saudara boleh melayari www.edymium.com untuk mendapat maklumat lanjut.
bayaran dikenakan untuk menjadi anggota koperasi ialah;
1. RM50.00 untuk pendaftaran
2. RM60.00 untuk yuran tahunan (RM5.00 sebulan) bertujuan bagi mengadakan aktiviti pinjaman meminjam.
3. RM1,000.00 untuk syer minimum boleh dijelaskan dalam masa 6 bulan (syer bertujuan untuk menjadikan modal koperasi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan)
antara faedah menjadi anggota koperasi kdmb ialah;
1. dividen tahunan ke atas wang tabungan RM60.00
2. dividen tahunan ke atas syer yang diberi iaitu minimum RM1,000.00
3. mendapat bonus tahunan jika aktiviti yang dijalankan oleh koperasi mendapat keuntungan yang besar
4. mendapat peluang perniagaan bersama koperasi
5. dapat melihat sendiri projek yang dijalankan oleh koperasi
6. mempunyai hak untuk bersuara jika terdapat kepincangan dalam aktiviti koperasi
7. mendapat peluang membeli hartanah dengan harga berpatutan dan banyak lagi serta boleh melayari laman sesawang kdmb iaitu www.koperasidymium.org bagi melihat perkembangan terkini kdmb.
sekian, terima kasih.
















