Mesyuarat Agong Permulaan
Mesyuarat Agung Permulaan juga diadakan pada 9hb. Ogos 2008, bagi memperbincangkan serta
meluluskan beberapa perkara sebelum dibawa ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Antara agenda
yang diluluskan ialah seperti berikut;
1. Persetujuan menubuhkan koperasi,
2. Penerimaan Undang-undang Kecil KDMB,
3. Membentang dan meluluskan bajet dan
4. Perlantikan Anggota Lembaga Koperasi KDMB bagi sesi 2008-2010.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Wilayah Petaling/Shah Alam iaitu Pn.
Salasiah Binti Kasim daripada SKM cawangan negeri Selangor bagi memastikan mesyuarat tersebut
berjalan mengikut perundangan dan tatacara koperasi.















