Selamat Hari Raya Aidilfitri
September 8, 2010 – 3:01 am | No Comment

Di kesempatan ini warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat islam.
Kami juga memohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah samada disedari atau tidak. Moga semangat …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Kad diskaun koperasi diperkenal

Submitted by admin on April 28, 2010 – 11:28 amNo Comment

6.78 juta ahli akan dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun dan mata ganjaran pada Jun ini bertujuan menggalakkan lebih 6.78 juta ahli koperasi membeli barangan pada harga istimewa di semua koperasi berdaftar seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kad itu yang dikenali sebagai Kad Setia membolehkan ahli koperasi mendapat rebat setiap kali membuat pembelian sekali gus tetap ‘Setia’ membeli barangan koperasi.

Beliau berkata, kad itu akan dihasilkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).
“Bagi tujuan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) di antara Bank Rakyat dan Angkasa sudah ditandatangani baru-baru ini. Perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat di samping mengadakan perbincangan dengan pihak koperasi yang akan terbabit dalam perkara ini.

“Kita perlu berbincang secara terperinci termasuk reka bentuk kad bagi memastikan ia boleh digunakan di semua koperasi berdaftar seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Peserta Felcra Berhad di sini, semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, sehingga Mac lalu, jumlah koperasi berdaftar ialah 7,400 dan sektor berkenaan juga mempunyai aset berjumlah RM64.92 bilion.

Sumber: Berita Harian Online

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.