Selamat Hari Raya Aidilfitri
September 8, 2010 – 3:01 am | No Comment

Di kesempatan ini warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat islam.
Kami juga memohon maaf zahir dan batin atas segala silap dan salah samada disedari atau tidak. Moga semangat …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Buletin

Kad koperasi mulai Jun

Submitted by admin on April 7, 2010 – 9:14 amNo Comment

(Gambar) Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) dan Tajuddin Abdul Rahman (kiri) bersama penerima anugerah pada majlis Konvensyen Koperasi peserta Felcra Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ azli ahad

KUALA LUMPUR 5 April – Koperasi-koperasi di negara ini disaran supaya bergabung untuk membolehkan mereka bersama-sama menjalankan projek atau aktiviti ekonomi berskala besar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, penggabungan akan mewujudkan rantaian perniagaan baru yang mampu menyerlahkan kehadiran mereka dalam pasaran.

Beliau berkata, potensi untuk sesebuah koperasi menjana pendapatan lebih tinggi adalah cerah berdasarkan keahliannya yang semakin meningkat dan kini telah mencecah 6.78 juta ahli berdaftar.

“Setakat ini, sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 1 peratus walaupun mempunyai 6.78 juta ahli dan aset mencecah RM64 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Felcra Berhad di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Ismail Sabri turut memberi contoh mengenai kejayaan koperasi Bank Rakyat yang bergabung dan akhirnya muncul sebagai gabungan koperasi yang berjaya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa kad koperasi untuk ahli akan diperkenalkan pada Jun ini melalui kerjasama Bank Rakyat dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa).

“Melalui kad ini, ahli-ahli akan mendapat faedah seperti diskaun serta rebat apabila berbelanja di koperasi di seluruh negara dan proses akhir sebelum kad itu boleh digunakan sedang dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri turut menyampaikan anugerah kepada lima koperasi di seluruh negara yang mencatat pencapaian cemerlang.

Koperasi berkenaan ialah KPR Panggong Lalat Berhad, Kelantan yang tersenarai di tempat ke-30 indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia dan KPR Lubuk Sireh Berhad, Perlis yang menduduki tempat ke-88.

Sementara itu, KPR Gugusan Sri Makmur Berhad, Pahang menerima Anugerah Koperasi Berdaya Maju manakala Anugerah Pencapaian Cemerlang 2009 pula diraih Felcra Seberang Perak Berhad, Perak dan Koperasi Felcra Berhad Kuala Lumpur dipilih menerima Anugerah Khas.

Sumber: http://utusan.com.my

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.