Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing
June 25, 2010 – 1:21 pm | No Comment

10 Jun 2010 (Khamis) Koperasi Dymium Malaysia Berhad telah mengikuti Bicara Eksekutif yang bertajuk Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing yang telah dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi dan Maktab Kerjasama …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Rencana

Karnival Iktiraf 2009

Submitted by admin on December 21, 2009 – 1:53 pmNo Comment

18-20 Desember 2009, Bertempat di kompleks Sukan UITM Shah Alam, Selangor. Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (Iktiraf) 2009 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Karnival selama tiga hari bermula 18 Disember ini bakal menjadi perhimpunan terbesar melibatkan 8,161 warga FELDA dari seluruh negara.

Sempena karnival itu, Perdana Menteri akan mengumumkan penerima Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) dengan pemenangnya bakal membawa pulang Piala Perdana FELDA Malaysia 2009.

Ia adalah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan sumbangan belia tanah rancangan itu kepada pembangunan negara.
Menurut Pengarah Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, pihaknya  lebih 30,000 pengunjung dari sekitar Lembah Kelang akan membanjiri karnival tersebut.

”Karnival Iktiraf akan menjadi medan penyatuan dan mendekatkan warga FELDA sama ada di bandar dan warganya yang masih mendiami tanah-tanah rancangan.

”Program karnival tersebut akan menampilkan sifat massa dan berteraskan budaya ilmu yang diharap dalam memperkukuhkan kesepakatan warga FELDA, saya amat yakin mengiktiraf itu sentiasa lebih utama daripada imbuhan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA, Abidin Abdul Rahman.
Menurut Noor Ehsanuddin, karnival tersebut akan disertai 1,200 ahli Permuafakatan Siswa dan Siswi FELDA (PERSADA) membabitkan 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 10 pusat pengajian tinggi swasta.

Turut terlibat ialah 1,200 atlet dari 10 wilayah FELDA, 3,861 ahli Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) selain sukarelawan UiTM dan anak FELDA di Universiti Lim Kok Wing.

Beliau berkata, acara kemuncak karnival tersebut ialah pengumuman ABFM yang memasuki edisi tahun keempat sejak ia diperkenalkan pada 2006.

Melalui anugerah tersebut, johan Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, bantuan aktiviti RM6,000, Piala Perdana FELDA Malaysia dan Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL).

Selain itu sebanyak enam persatuan belia FELDA terbaik dalam pelbagai bidang juga akan diberikan pengiktirafan melalui anugerah tersebut.

Kata Noor Ehsanuddin, bagi kategori individu pula, sebanyak tujuh penerima akan dipilih antaranya Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA selain dua Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA, masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.

”Kita sudah membuat pemilihan melalui pemantauan dan syarat yang ketat sejak tiga bulan lalu.

”Setakat ini sebanyak 10 persatuan belia FELDA telah dipilih untuk peringkat akhir,” katanya.

Tambahnya, Konvensyen Siswa dan Siswa FELDA akan diadakan sempena karnival tersebut dengan satu resolusi iaitu ‘Agenda Bertindak Mahasiswa FELDA’ akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 200 ruang pameran akan dibuka sepanjang karnival itu membabitkan pelbagai sektor awam dan swasta.

”Program tersebut dirangkumkan dengan majlis pelancaran kad Iktiraf, pelancaran Sahabat Iktiraf, pesta sukan dan kebudayaan serta pameran produk Satu Produk Satu Wilayah (Sawari) yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan FELDA.

”Kita juga akan anjurkan program kerohanian iaitu tahlil, doa selamat dan solat hajat perdana serta Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan pada malam pertama karnival itu,” katanya.

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.