Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
August 30, 2010 – 10:22 am | No Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Koperasi Kredit Hanya Dibenarkan Kenakan Empat Jenis Caj Bayaran

Submitted by admin on November 4, 2009 – 3:24 pmNo Comment

sy

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Berkuatkuasa serta merta, koperasi kredit hanya dibenarkan mengenakan empat jenis caj bayaran kepada peminjam bagi mengelakkan peminjam dibebani dengan pelbagai caj sehingga menyusahkan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu
bertujuan mengatasi masalah pembayaran tidak munasabah yang dikenakan ke atas peminjam, selain mengembalikan semula fungsi koperasi ditubuhkan.

“Tujuan kita wujudkan koperasi kredit dan membenarkan mereka meminjamkan wang adalah untuk membantu ahli yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi apa yang berlaku sekarang fi (yuran) yang dikenakan terlalu tinggi sehingga menyusahkan peminjam.

“Ini saya anggap tidak munasabah dan luar daripada tujuan sebenar koperasi kredit diwujudkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ismail Sabri berkata untuk itu kementerian menetapkan hanya empat jenis bayaran yang boleh dikenakan iaitu caj pemprosesan yang tidak melebihi RM100 bagi satu pinjaman, setem duti sebanyak RM10, kos insurans bergantung kepada jumlah dan jenis pinjaman dan caj pelangsaian pinjaman adalah lima peratus daripada baki pinjaman yang belum selesai.

Beliau berkata ketika ini pihak koperasi mengenakan pelbagai caj antaranya, fi kepada ejen, komisen kepada ajen, sinking fund, bayaran insurans, yuran perlindungan serta berbagai bayaran pendahuluan yang jika dicampur sudah mencapai 40 peratus daripada jumlah asal pinjaman.

“Jumlah semua caj ini sudah jadi 40 peratus daripada jumlah pinjaman, jadi jika ditolak daripada RM10,000 yang dipinjam, peminjam mungkin boleh dapat RM6,000 daripada jumlah pinjaman mereka.

“Ini yang menyebabkan ramai ahli koperasi membuat aduan…dan ada yang telah keluar di akhbar. Ada dakwaan yang koperasi ini sudah menjadi seperti ah long… tapi ah long yang berlesen,” katanya.

Ismail Sabri berkata kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memandang serius soal bayaran tersebut dan memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku lagi dengan penetapan caj baru tersebut.

Katanya terdapat 550 buah koperasi kredit di seluruh negara dan daripada jumlah itu, kementerian telah mengenal pasti 22 buah koperasi menjalankan perniagaan dengan mengenakan caj yang tidak munasabah.

“Kementerian dan SKM telah mengarahkan 22 koperasi itu untuk memberhentikan tindakan mereka dan sekiranya ingkar SKM mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sama ada menggantung koperasi tersebut atau sebaliknya,” katanya.

sumber:

http://www.bernama.com.my
http://www.bharian.com.my
http://www.newsabahtimes.com.my
http://beritaradio.rtm.gov.my

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.