Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Pengurusan Pemasaran (MKM)
Pada 31 hb Mac 2009, Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB) telah menerima lawatan sambil belajar 30 orang peserta Kursus Pengurusan Pemasaran daripada Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Ia bertujuan untuk mewujudkan usahawan koperasi yang berdaya maju dan berdaya saing selaras dengan objektif Kementerian Pembangunan Usahawa dan Koperasi (MeCD).
Dalam program lawatan ini KDMB dapat berkongsi maklumat bersama dengan peserta-peserta kursus terutamanya dalam strategi pengurusan dan pemasaran dalam gerakan koperasi. Tuan Haji Mohd Fadzil Mokhtar wakil daripada anggota lembaga KDMB menyampaikan penerangan serba sedikit mengenai berkenaan tajuk yang berkaitan dengan kursus tersebut.
Majlis ini telah disambut baik dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi KDMB Encik Bobie Farid Shamsuddin. Dalam ucapannya beliau amat berbesar hati dengan kehadiran peserta kursus daripada MKM kerana tidak secara lansung ia memberi pengiktirafan MKM tentang pergerakan KDMB. Beliau berharap akan ada lagi program seumpama ini kerana koperasi yang mengambil bahagian dapat berkongsi maklumat serta idea.
Selain daripada itu, KDMB juga telah menjemput salah satu rakan niaga KDMB iaitu Edymium Network Sdn Bhd bagi memperkenalkan produk terbarunya dalam perkhidmatan jaringan informasi teknologi maklumat.
















