Majlis Menteri Bersama Pemimpin Koperasi
Tajuk: Majlis Menteri Bersama Pemimpin Koperasi dan Bicara Eksekutif “Penggunaan Internet Dalam Pengurusan
Koperasi”
Tarikh: 23 Jun 2009
Tempat: Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor
kehadiran: En.Shahrir dan En. Hairil
Majlis dan taklimat ini telah dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Majlis Menteri Bersama Pemimpin Koperasi.
Majlis diserikan dengan ucapan dan amanat oleh Y.B. Dato’ Sri Ismail Yaakob iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.Yang Berhomat Dato’ juga telah melancarkan Portal Dan Aplikasi terbaru daripada MKM.
Majlis Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan bersama para pemimpin koperasi adalah bertujuan untuk:
• Menghayati harapan dan amanat Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
• Memberi peluang kepada koperator mengemukakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gerakan koperasi dan
• menjalin hubungan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi dibawahnya dengan koperator.
Bicara Eksekutif – Pengguna Internet Dalam Pengurusan Koperasi
Antara Kertas Kerja yang dibentangkan:
1.Peranan Kerajaan Dalam Meningkatkan Penggunaan Internet Dalam Koperasi
Penceramah: Pn. Fatma Binti Mahmood
Setiusaha bahagian Pengurusan Teknologi Maklimat Kememterian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI)
2.Faedah-Faedah Dalam Penggunaan Internet di Koperasi
Penceramah: Pn. Norliza Binti Junid
Ketua Pegawai Operasi Koperasi kakitangan PETRONAS Berhad(KOPETRO)
Matlamat:
Penggunaan internet dapat mengeratkan hubungan dan menjadikan dunia tanpa sempadan, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti sains teknologi, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dan seterusnya menjadi penggerak dalam pembangunan sosial dan ekonomi sama ada individu, organisasi atau negara.
Justeru, fokus Bicara Eksekutif kali ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai faedah dan kepentingan menggunakan internet serta menggalakkan koperasi menggunakan internet dalam pengurusan dan pentadbiran di koperasi. Program ini diharap dapat membantu menambahbaik pengurusan dan pentadbiran koperasi supaya koperasi mampu berdaya saing dan berdaya maju dalam persekitaran semasa yang kompetetif.
Selain daripada menyertai taklimat dan majlis ini, para peserta juga dapat berinteraksi dengan peserta – peserta lain agar dapat merapatkan lagi hubungan diantara koperasi dan mungkin boleh menjalin usahasama dimasa akan datang.Diantaranya adalah daripada Koperasi Pelancongan Pulau Pinang Berhad/Penang Tourism Cooperative Ltd (Kopel).















