Majlis Pelancaran Kaunter Khidmat Pengguna KPDNKK
YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melancarkan Kaunter Khidmat Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pada hari ini 17 November 2009 (Selasa).
Bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap, amanah dan bertanggunjawab maka kementerian telah menyediakan kaunter perkhidmatan pengguna yang berkonsepkan mesra rakyat. Kaunter perkhidmatan pengguna ini akan menjadi pusat sehenti kepada pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh KPDNKK dan agensi-agensi dibawahnya.
Kaunter-kaunter yang disediakan ialah : -
- Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM)
- Bahagian Penguatkuasa (BPGK)
- Bahagian Kepenggunaan (BK)
- Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN)
- Bahagian Pembangunan Francais (BPF)
- Bahagian Pembangunan Koperasi (BPK)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
- Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Kaunter khidmat pengguna ini terletak di Aras G, KPDNKK dan telah mula beroperasi secara tidak rasmi pada 13 Oktober 2009 yang lalu. Waktu beroperasi ialah dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang). Setakat ini sambutan yang diterima menggalakkan. Ramai di antara pengunjung kaunter khidmat pengguna ini terdiri dari mereka yang ingin berurusan terutamanya mengenai khidmat nasihat, cadangan, maklum balas dan aduan. Kaunter khidmat pengguna juga terdapat di pejabat KPDNKK setiap negeri.
sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

















