Peringatan kepada semua!
March 4, 2010 – 1:42 pm | No Comment

Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB)  ingin memaklumkan kepada anggota dan bakal anggota dimana satu laporan polis telah dibuat berikutan ada individu yang tidak bertanggung jawab yang bernama Fadrick Talap atau dikenali sebagai Mat telah menggunakan …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Majlis Perundingan Koperasi ditubuh

Submitted by admin on November 22, 2009 – 10:36 amNo Comment

Majlis perundingan koperasi ditubuh

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sebanyak 222 Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen bakal diwujudkan menjelang pertengahan tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan majlis itu bagi menggalakkan amalan berkoperasi di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, katanya, ia juga berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi-koperasi di
semua kawasan Parlimen.

”Majlis itu bertujuan membantu kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperbanyakkan koperasi di peringkat akar umbi.

”Langkah ini selari dengan kempen yang akan kita mulakan awal tahun depan iaitu Mengkoperasikan Rakyat: Satu Komuniti Satu Koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, kesemua majlis koperasi peringkat Parlimen itu akan diberi peruntukan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan bagi tujuan pentadbiran dan aktiviti mempromosikan penubuhan koperasi di kawasan terbabit.

Jelasnya, ia akan dianggotai oleh wakil-wakil koperasi, jabatan kerajaan dan SKM yang berada dalam sesuatu kawasan Parlimen itu.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, kementeriannya sedang berusaha memperkasakan aktiviti koperasi sekolah dengan menyeru badan tersebut supaya tidak hanya bergantung kepada penjualan barangan untuk murid-murid sahaja.

”Sejak kita meminta koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka, sebanyak 160 daripadanya di negara ini mula menjual busana sekolah dan sebanyak 330,354 unit pakaian itu telah ditempah sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat hanya 66 koperasi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) daripada lebih 250 IPT di negara ini.

Tegasnya, bilangan itu hanya mewakili 30 peratus daripada IPT di negara ini dan ia merugikan keranakebanyakan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang koperasi semasa di sekolah tidak dapat meneruskan bakat mereka itu.

sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Utusan Online
Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.