Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
August 30, 2010 – 10:22 am | No Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Peringatan Kedua Kepada Pelabur Skim Cepat Kaya

Submitted by admin on March 6, 2009 – 4:35 pmNo Comment

Dirujuk daripada Kenyataan SKM – 03/2009

warning2

Peringatan Kedua Kepada Pelabur Skim Cepat Kaya

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sekali lagi ingin mengingatkan kepada orang ramai terhadap pelaburan dalam mana-mana produk pelaburan yang ditawarkan oleh koperasi yang kononnya dipasarkan di bawah jenama seperti berikut:-

i.  Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah Rumpai Laut;
ii. Skim Simpanan Persahabatan;
iii. Skim Usahawan Ternak Lembu;
iv. Skim Pelaburan dan Perniagaan Emas;
v. Skim Pemasaran Produk Makanan;
vi. Skim Penangkapan Ikan Laut Dalam;
vii. Skim Pembekalan Alat Ganti Kapal dan Bahan Binaan;
viii. Skim Penanaman Serai;
ix. Skim Pelaburan Analog Telefon Adapter;

atau mana-mana produk pelaburan lain yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam pelaburan yang singkat supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap tawaran lumayan skim berkenaan.

SKM ingin menasihatkan kepada orang ramai yang terlibat dalam skim pelaburan berkenaan bahawa SKM sedang mengambil tindakan ke atas beberapa buah koperasi yang menjalankan ‘skim cepat kaya’ dan juga memantau kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi lain.

Pelabur harus sedar bahawa SKM tidak dapat menjamin keselamatan pelaburan mereka dan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan wang pelaburan mereka. Koperasi berkenaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya. SKM bertanggungjawab memastikan Lembaga Koperasi yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan.

Pendaftaran sesebuah koperasi bukan bermakna koperasi berkenaan secara automatik dibenarkan mengutip deposit daripada orang ramai bagi melibatkan diri dalam pelaburan yang dianjurkan.

Penemuan awal siasatan ke atas koperasi yang diserbu mendapati sejumlah besar wang pelabur-pelabur telah dibelanjakan dan koperasi didapati tidak mempunyai wang dalam akaun banknya. Perniagaan yang dipromosikan juga tidak wujud. Sebenarnya apa yang ditaja oleh koperasi adalah ‘skim cepat kaya’.

SKM menggesa orang ramai supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan koperasi yang menawarkan pulangan yang sukar untuk dipercayai. SKM juga mengalu-alukan aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya penipuan atau skim tidak sah dalam koperasi dan boleh menghubungi SKM melalui telefon 03-20812400 atau fax 03-20935026.

Rujukan: Laman Sesawang Suruhanjaya koperasi Malaysia

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.