Perjumpaan Bersama YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Selangor
Pada 16 hb April 2009 (Khamis)- Bermula jam 8.30 pagi bertempat di bilik MTES, tingkat bawah bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor Ahli Lembaga Koperasi Dymium Malaysia Berhad telah mengadakan satu perjumpaan bersama YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memperkenalkan Koperasi Dymium Malaysia Berhad selain Anggota Lembaga dapat sedikit sebanyak mengenal pasti antara peluang – peluang usahsama diantara KDMB dan kerajaan negeri Selangor khususnya bagi memperkemaskan dan menambah baik lagi pengstrukturan ekonomi KDMB dimasa akan datang.
KDMB juga telah menyatakan hasrat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor agar dapat mempertimbangkan cara bagaimana KDMB boleh menyertai dalam arus pembangunan di negeri Selangor.
Dalam perjumpaan ini juga YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menyatakan sokonganya kepada pergeraka KDMB dan menyarankan selepas ini, KDMB dapat terus berhubung dengan YB Tuan Yaakob Bin Sapari selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembagunan Usahawan dalam meneruskan sebarang bentuk cadangan dan agenda.
Kami daripada Koperasi Dymium Malaysia Berhad mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor diatas perjumpaan ini.
















