Projek Tanaman Serai
Dirujuk daripada Kenyataan SKM – 04/2009
PERINGATAN UMUMKEPADA INDIVIDU YANG INGIN MELIBATKAN DIRI
DALAM PROJEK PENANAMAN SERAI
Akhir-akhir ini SKM mendapati terdapat beberapa buah koperasi yang telah mempromosi dan mengiklankan projek tanaman serai yang menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Sebagai contoh sebuah koperasi telah menawarkan pulangan sebanyak 100% bagi modal yang telah dilaburkan dalam tempoh 8 bulan.
Jadual: Perbandingan Hasil Tuaian dan Pendapatan Projek Serai (1 ekar)

Koperasi telah mempromosi hasil tuaian boleh mencapai sehingga 20 tan dan keuntungan pula berjumlah RM9,000. Walaupun begitu hasil tuaian sebenar di ladang Koperasi hanya mencapai 2.5 tan sahaja untuk seekar. Maklumat daripada agensi pertanian, hasil tuaian hanya sekitar 8.0 hingga 8.8 tan sahaja manakala keuntungannya pula antara RM2,000 hingga RM2,640. Seorang peserta koperasi yang mengusahakan tanaman ini telah mengalami kerugian sebanyak RM1,589.76 akibat daripada kos pengeluaran yang tinggi iaitu RM6,741.76 yang mana komponen kos tertinggi adalah kos benih serai dan baja yang berjumlah RM3,000.
Oleh itu berhati-hatilah jika ada mana-mana pihak yang mendakwa bahawa projek tanaman serai mendatangkan keuntungan yang tinggi dan menjanjikan pulangan pelaburan yang lumayan dalam waktu yang singkat.
Rujukan: Laman Sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia
















Salam buat semua sahabat, saya ada menyediakan benih serai gajah untuk dijual jika berminat hubungi (###) area Simpang Renggam Johor. Harga boleh dirundingkan
Terima kasih saudara Alang, sesiapa yang berminat untuk menghubungi saudara Alang boleh menghubungi pihak KDMB.
adakah KDMB ada perkhidmatan memborong serai?saya ada serai paha ayam dengan keluasan 3 ekar dan sedia untuk dituai pada disember ini.
thanks
Salam En. Khairi,
Buat masa ini pihak koperasi KDMB belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi pemborong serai. Walau bagaimanapun pihak kami akan menghubungi saudara jika KDMB mula bergerak kearah itu. Harap maklum. Sekian Terima Kasih.
Ass…saudara admin,
saya pun dah terkena bukan saja sikit tapi banyak.Jika saudara dah mulakan nanti bagi tau sama saya,saya nak join sekali nak bantu petani-petani kita yang dok kena tipu saja.Tapi kena lah gunakan bantuan untuk pasarkan atau kilang yang gunakan kapisiti yang besar untuk pengeluarannya.
saudara chemud86, terima kasih dengan tujuan murni saudara. Insya-Allah pihak kami akan terus menghubungi saudara sekiranya sudah benar2 bersedia membuat projek ini. Kami harap ramai lagi yang ada kesedaran tentang perkara seperti yang telah di sebutkan.
salam,
saya telah pun menanam serai seluas 1.5 ekar dan sedia untuk di tuai.
saya harap pihak tuan dpt membantu saya dalam memasarkan nya kerana syarikat yg berjanji dgn saya tidak dpt membelinya balik. pihak tuan boleh menghubungi saya di ****. terima kasih
harap maaf buat masa ni pihak kami belum lagi kearah untuk memasarkan tanaman2 serai… sekiranya kami ada ruang untuk itu nanti pihak kami sedia menghubungi pihak tuan… terima kasih kerana memberi kami sedikit peluang