Sambutan Hari Koperasi Negara 2008
Bertemakan “Koperasi Berdikari, Kukuh dan Progresif” yang diadakan pada 20 Julai 2008 bertempat di pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Dato’Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi telah menyempurnakan majlis perasmian Koperasi Negara kali ke-7 ini.
Pelbagai acara serta aktiviti untuk pengunjung disediakan oleh penganjur seperti pertandingan produk-produk keluaran koperasi dan usahawan, serta seminar usahawan berteraskan industri Agrobisnes melalui koperasi-koperasi turut diadakan.
Majlis turut tertumpu kepada Pengisytiharan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan pelancaran logo dan moto SKM, serta index 100 koperasi terbaik sebagai satu penanda arus yang dilaksanakan SKM.
Majlis Koperasi Negara (MeCD) ini juga merupakan medan untuk mengembangkan jaringan perniagaan serta menambah informasi berkaitan perniagaan dan bidang masing-masing.
















