Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak pengurusan KDMB mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua anggotanya serta bakal-bakal anggota. Semoga sambutan pada tahun ini iaitu 2009/1430 memberi kita banyak ruang untuk muhasabah diri bagaimana untuk memelihara serta mempertingkatkan ekonomi kita selain amal ibadat yang kita lakukan selama ini.
KDMB berharap akan terus memberi manafaat berterusan kepada anggotanya menghadapi pelbagai rintangan dalam gerakan koperasi kita agar dapat mencapai apa yang dicitakan.
Berhati-hatilah semasa memandu pulang ke kampung halaman masing-masing semasa musim perayaan ini. Ingatlah pada orang yang tersayang dan jangan memandu mengikut perasaan.
















