Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing
June 25, 2010 – 1:21 pm | No Comment

10 Jun 2010 (Khamis) Koperasi Dymium Malaysia Berhad telah mengikuti Bicara Eksekutif yang bertajuk Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing yang telah dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi dan Maktab Kerjasama …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Buletin

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Submitted by admin on August 20, 2009 – 11:29 amNo Comment

ramadan1

Assalamualaikum untuk semua… Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB) mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba nanti…. kami juga memohon maaf jika ada tutur ayat yang tidak menyenangkan mana-mana individu atau pihak sepanjang Laman Sesawang ini telah diwujudkan…. terima kasih atas sokongan semua dan terus menyokong serta pertingkatkan kemajuan Koperasi Dymium Malaysia Berhad (KDMB).

Marilah bersama-sama kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan Al -Mubarak, bulan mulia dan penuh kebesaran di sisi Allah buat para hambaNya.

Bersempena kunjungan Ramadhan al mubarak kali ini, marilah kita mengambil sebanyak mungkin bekalan yang mampu diambil demi memperkasakan keperibadian Da’i Murabbi. Sememangnya sudah begitu banyak yang disampaikan mahupun yang ditulis mengenai keberkatan Ramadhan. Tetapi akhirnya, kejayaan kita membentuk keperibadian Da’i Murabbi, di sepanjang bulan ini tetap berakar kepada kemampuan kita menghayati segala tuntutannya. Penghayatan memerlukan ilmu yang benar, kefahaman yang mendalam, keyakinan yang tidak berbelah bagi lantas diterjemahkan dalam bentuk amal soleh yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh semata-mata demi mencari redha Illahi. Hanya melalui penghayatan kita akan dapat melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.

Mudah-mudahan, dengan penghayatan yang dicurahkan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini, kita dapat memenuhi matlamat peningkatan taqwa melalui Ramadhan yang digambarkan sebagai bulan transformatif-edukatif kepada umat Islam. Menjalani segala ibadah di sepanjang bulan ini diharapkan akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. Itulah matlamat penganugerahan Ramadhan kepada kita dan itulah kayu ukur yang perlu dijadikan panduan dalam kita menilai kejayaan kita menghidupkan bulan Ramadhan ini.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina …. Maju koperasi untuk kita semua…

“SELAMAT BERAMAL……”

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.