Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing
June 25, 2010 – 1:21 pm | No Comment

10 Jun 2010 (Khamis) Koperasi Dymium Malaysia Berhad telah mengikuti Bicara Eksekutif yang bertajuk Inovasi dan Kreatif Ke Arah Pembentukan Koperasi Berdaya Saing yang telah dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi dan Maktab Kerjasama …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Buletin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

Submitted by admin on August 27, 2009 – 10:27 amNo Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52.Tema hari kemerdekaan ke 52 tahun ini ialah 1 Malaysia,Dengan bertemakan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini telah dipindahkan ke Dataran Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

sumber:
http://www.kpkk.gov.my

imal

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

1 Malaysia

Tahun terbitan : 2009

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu malaysia untuk semua

________________________

Pelbagai acara akan diadakan selama sebulan sempena sambutan kemerdekaan akan diisi dengan pelbagai kegiatan yang akan bermula dari 12 Ogos hingga 10 Oktober. Sambutan yang dipanggil Bulan Kemerdekaan ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 12 Ogos dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 10 Oktober dengan perayaan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

download lagu 1 malaysia: http://kebudayaan.kpkk.gov.my/gallery/audio

Lagu Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 2009

31 ogos 1957

Negaraku

Detik Kemerdekaan 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu

Jalur Gemilang

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.