Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
August 30, 2010 – 10:22 am | No Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Buletin

Selamat menyambut Hari Pekerja

Submitted by admin on May 3, 2010 – 12:27 amOne Comment

Seluruh dunia menyambut Hari Pekerja hari ini. Hari Pekerja diwartakan sebagai hari cuti umum di Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan pekerja dalam membangunkan negara.

Dari sudut sejarahnya, Hari Pekerja yang dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh adalah satu hari bagi mengingati pencapaian sosial dan ekonomi hasil perjuangan para pekerja.

Sejak awal kurun ke-19, perubahan daripada sektor pertanian kepada perindustrian telah menarik jutaan warga desa berhijrah ke bandar. Perkembangan ini mewujudkan budaya baharu dari segi masa, gaji, dan etika kerja. Bagaimanapun, kebanyakan pekerja mendapati mereka terperangkap dengan terpaksa bekerja lebih masa, dibayar gaji yang rendah di samping bekerja dalam suasana yang teruk. Masa bekerja biasanya antara 10 hingga 16 jam sehari dengan cuti hanya sehari seminggu.

Pada tahun 1810, pergerakan pekerja menuntut suasana kerja yang lebih berperi kemanusiaan. Slogan ’8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat’ mula dipopularkan. Perjuangan ini bagaimanapun bkan mudah. Di Australia, pekerja pembinaan melancarkan mogok selama dua minggu, di Kanada, 10,000 penduduknya berarak dalam demonstrasi jalanan, manakala di Amerika, lapan orang dihukum mati kerana terlibat dalam rapat raksasa yang menimbulkan kekecohan. Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh mendesak lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Desakan ini akhirnya berjaya dan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.

Bersempena peristiwa tersebut, majoriti negara di seluruh dunia bersetuju menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa.

Dengan ini warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja pada tahun 2010 untuk semua.

Seluruh dunia menyambut Hari Pekerja hari ini. Hari Pekerja diwartakan sebagai hari cuti umum di Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan pekerja dalam membangunkan negara.Dari sudut sejarahnya, Hari Pekerja yang dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh adalah satu hari bagi mengingati pencapaian sosial dan ekonomi hasil perjuangan para pekerja.

Sejak awal kurun ke-19, perubahan daripada sektor pertanian kepada perindustrian telah menarik jutaan warga desa berhijrah ke bandar. Perkembangan ini mewujudkan budaya baharu dari segi masa, gaji, dan etika kerja. Bagaimanapun, kebanyakan pekerja mendapati mereka terperangkap dengan terpaksa bekerja lebih masa, dibayar gaji yang rendah di samping bekerja dalam suasana yang teruk. Masa bekerja biasanya antara 10 hingga 16 jam sehari dengan cuti hanya sehari seminggu.

Pada tahun 1810, pergerakan pekerja menuntut suasana kerja yang lebih berperi kemanusiaan. Slogan ’8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat’ mula dipopularkan. Perjuangan ini bagaimanapun bkan mudah. Di Australia, pekerja pembinaan melancarkan mogok selama dua minggu, di Kanada, 10,000 penduduknya berarak dalam demonstrasi jalanan, manakala di Amerika, lapan orang dihukum mati kerana terlibat dalam rapat raksasa yang menimbulkan kekecohan. Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh mendesak lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Desakan ini akhirnya berjaya dan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.

Bersempena peristiwa tersebut, majoriti negara di seluruh dunia bersetuju menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa.

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.