Seminar IT
Tajuk: Perniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi
Tarikh: 11-12 November 2008
Tempat: Hotel Hilton, Petaling Jaya Selangor
Kehadiran: En.Shahrir, Pn.Rozita dan En.Zahiruddin
Seminar ini telah dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada koperasi mengenai ilmu perniagaan melalui internet yang semakin pantas berkembang bagi membantu koperasi/usahawan agar lebih berdaya maju dan berdaya saing.
Koperasi atau Usahawan tidak seharusnya tertinggal dengan aliran perniagaan moden dalam dunia siber ini.
Objektif seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan pengatahuan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam gerakan koperasi untuk mencetuskan idea dan pendekatan baru bagi perniagaan yang
diceburi oleh koperasi, meningkatkan kesedaran mengenai prospek,isu dan cabaran perniagaan melalui
internet.
















