Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53
August 30, 2010 – 10:22 am | No Comment

Warga kerja Koperasi Dymium Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia. Juga diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga sambutan kemerdekaan yang jatuh pada bulan yang penuh …

Baca artikel seterusnya »
Isu Semasa

Memaparkan Kepelbagaian berita dan isu terkini mengenai koperasi

Muat Turun

Memuat turun pelbagai borang yang telah disediakan untuk anggota

Program Dalaman

Ruangan ini memaparkan program didalam Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Program Luaran

Aktiviti luaran yang disertai oleh Ahli dan Jawatankuasa Koperasi Dymium Malaysia Berhad

Rencana

Kegiatan dan avtiviti yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak diseluruh Negara

Home » Isu Semasa

Skim penipuan pelaburan dibongkar

Submitted by admin on May 11, 2010 – 12:27 pmNo Comment

KUALA LUMPUR 10 Mei – Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400,000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

“Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.

“Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965.

Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

Sumber: Utusan Online

Blog Widget by LinkWithin
Kongsi bersama:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • FriendFeed
  • Live
  • MySpace
  • Reddit
  • RSS
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.