Taklimat Kesedaran Pengurusan Koperasi Baru
Tajuk: Taklimat Kesedaran Pengurusan Koperasi Baru
Tarikh: 9-10 Jun 2009
Tempat: Quality Hotel, Shah Alam, Selangor
Kehadiran: En. Ross Effendy dan En. Shahrir
Taklimat Kesedaran Pengurusan Koperasi Baru telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad bermatlamat mewujudkan barisan tenaga penggerak koperasi yang bertanggungjawab bagi memastikan agar koperasi yang diterajui akan bergerak berasaskan lunas peraturan, undang-undang dan Akta koperasi sedia ada serta tidak menyimpang daripada konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
Antara kertas kerja yang telah dibentangkan adalah:
1. Tatacara Pengurusan Perakaunan Koperasi
Penceramah: Tuan Hj. Badrishah Bin Hassan
Timbalan Pengrah Bahagian Audit dan Akaun
2.Taklimat Peluang Dan Cabaran Perniagaan Koperasi
Penceramah: Tuan Hj. Abdullah Bin Dohat
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan
3. Taklimat Perundangan Dan Penguatkuasaan
Penceramah: Tuan Hj. Dawam Bin Hassan
Pengarah Bahagian Penyiasatan Dan Penguatkuasaan
4.Taklimat Bantuan Pembangunan Koperasi
Penceramah: En, Ahmad Borhanudin Bin Abd. Halim
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar Dan Perancangan
5. Tugas Dan Tanggungjawab Anggota Koperasi Dan ALK
Penceramah: Tuan Hj. Khalid Bin Mat Sani
Objektif:
1. Menambahkan ilmu pengatahuan dan kemahiran serta tanggungjawab dalam bidang pengurusan dan perundangan koperasi.
2. mewujudkan kecekapan dan kekuatan dikalangan anggota koperasi supaya mampu berdikari untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kepada anggota.
3. melahirkan koperasi sebagai sebuah organisasi yang kukuh, cekap dan dapat memenuhi objektif penubuhanya.
Taklimat ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj.Che Wahid Bin Mohamed Nor. Beliau adalah Ketua Sektor Operasi Dan Kawalselia.
Selain daripada menyertai taklimat dan memperolehi maklumat yang amat berguna dapat juga saling bersuai kenal dengan koperasi-koperasi yang lebih baru dan dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Antaranya adalah daripada Koperasi Seri Langkat Shah Alam Berhad.
















